UPTREND NETWORK SDN. BHD (587955)(AJL 931489)
MENGAPA PELAN UPTREND 'HYBRID'? IA UNTUK JANGKA PANJANG DAN MASIH
PELAN YANG MENAKJUBKAN !
Setiap syarikat MLM akan mencipta pelan pemasaran yang mengikut kepada konsep perniagaan
dan strategi perniagaan mereka. Kebanyakkannya pelan pemasaran dicipta mengikut kepada cara pemikiran semasa dan juga trend
semasa. Terlalu banyak pelan pemasaran yang ada dipasaran baik daripada syarikat MLM ataupun syarikat berasaskan internet
diseluruh dunia. Ada yang berjaya dan ada juga yang menemui kegagalan. Dari masa kesemasa manusia menjadi semakin pintar dan
bijak, cara mereka berfikir dan kehendak mereka juga berubah. Sesetengah tuan punya syarikat MLM merancang untuk jangka masa
pendek dan selalunya mereka ditolak. Majoriti merancang untuk perniagaan berjangka panjang. Oleh yang demikian Uptrend2u mencipta
satu pelan pemasaran yang mudah, menakjubkan dan juga menguntungkan serta pelan untuk jangka masa panjang.
1. Apakah
fendumental pelan pemasaran jangka panjang? Setiap pelan pemasaran perlu memenuhi 3 peraturan penting ini. • Menggalakkan
penajaan dan faedah serta ganjaran diberikan kepada mereka melalui promosi atau melalui sistem yang mereka ikuti. • Menggalakkan
ahli menjadi pengguna. Bila mereka mula mengguna produk baru jualan ulangan akan terjadi. Dengan adanya jualan ulangan, barulah
sesuatu perniagaan itu boleh bertahan lama. • Menggalakkan jualan. Kenapa? Kerana tidak semua suka menjadi ahli. Selain
daripada itu, ada 5% hingga lO% ahli yang aktif adalah mereka yang hebat menjual. Penjualan membantu mempertingkat jualan
keseluruhan dan ia juga adalah maksud asas kepada jualan langsung.
2. Apa itu 'Skim Cepat Kaya' ? Seperti yang
kita semua ketahui, 'skim cepat kaya' adalah salah dan tidak boleh bertahan lama. Hanya orang terawal yang akan mendapat keuntungan
dan orang yang terkemudian akan mengalami kerugian. Skim Cepat Kaya sebenarnya adalah satu permainan kewangan (Money Game).
Orang yang menyertai skim tersebut hanya fikir tentang duit. Tiada produk diberikan atau jual. Tiada latihan atau latihan
produk diberikan. Tidak perlu berkerja tetapi masih boleh mendapat 5 atau 10 kali ganda daripada apa yang mereka laburkan.
la bukanlah pelan prestasi malah pelan yang pasif. Hanya janji palsu ditaburkan. Uptrend2u 'hybrid plan' adalah gabungan 2
pelan iaitu Pelan 'A' dan Pelan 'B' yang mana faedah atau bonus dibayar mengikut kepada prestasi jualan. Selain daripada itu
Uptrend2u adalah syarikat berasaskan produk (sila rujuk kepada e-mall) Uptrend2u. Di Uptrend2u, Tiada Kerja, Tiada Duit'.
3. Apa Itu Skim Piramid? Secara amnya semua ginologi syarikat MLM adalah seperti organisasi berbentuk primid.
Walaubagaimanapun 'Skim Primid' berbeza dan tidak bertahan lama. Kebanyakannya hanya mementingkan cari orang (Head Hunting).
Tidak mementingkan jualan, jualan ulangan dan juga maintain. Kebanyakkannya hanya orang yang awal atau orang atas sahaja yang
mendapat keuntungan jika dibandingkan dengan orang bawah. Walaubagaimanapun, Pelan 'Hybrid' Uptrend2u adalah satu pelan yang
menggalakkan ahli untuk menaja rakan niaga baru melalui pelan 'A' (Fast Start) dan dalam Pelan 'B' pula ianya adalah Pelan
Pengguna (User Plan). Pelan 'A' (Fast Start) bolehlah dianggap sebagai konsep jualan pertama. Pelan 'A' (Fast Start) adalah
pemangkin kepada Pelan 'B' (Master Plan). Semua jualan ulangan akan dimasukkan dalam Pelan 'B'. Pelan 'B' Uptrend mewajibkan
setiap ahli membuat jualan peribadi bulanan (maintain) sekurang- kurangnya 76 BV sebulan sebelum mereka layak utuk menikmati
faedah atau ganjarang dalam Pelan 'B'. Begitu juga dalam Pelan 'A', ahli perlu maintain sekurang-kurangtnya 5.7 MBV dalam
Pelan 'B' untuk menikmati bonus dalam Pelan 'A' (Ini boleh dilakukan melalui Sistem Auto Maintain Uptrend). Di Uptrend2u,
walaupun anda orang yang terkemudian, anda masih mampu untuk mengatasi orang terdahulu dengan syarat anda berkerja bersungguh-
sungguh. Melalui LCP (Program Pelanggan setia), ahli adalah digalakkan untuk membuat jualan. Kesimpulannya, Pelan Pemasaran
"hybrid' Uptrend2u menepati ketiga-tiga elemen peraturan penting bagi sesebuah syarikat MLM yang dinamik dan berjangka
panjang.
4. Apakah Definasi Tentang Pelan Pemasaran Bainari Ortodox? 'Bainari' bermaksud, 'Sistem Matrik Paksaan
2 x 2'. Sistem bainari yang lama menggalakkan orang menjadi malas dan syarikat pula hanya menggalakkan ahlinya menaja 2 orang
sahaja. Penerimaan sistem bainari diseluruh dunia adalah bergantung kepada definasi dan strategi yang betul. Walaubagaimananpun
pelan bainari terbukti sebagai pelan yang paling meledak (digemari) kerana ia hanya menuntut untuk menaja 2 orang sahaja dan
ia mudah diduplikasi. Kebanyakan pemimpin yang tidak mendapat pendapatan yang tinggi dalam syarikat MLM yang menggunakan pelan
unilevel, berjaya mendapat pendapatan yang tinggi dalam syarikat MLM yang mengamalkan pelan bainari. Sistem bainari membantu
pemimpin yang lemah untuk mencapai pencapaian terbaik mereka. Pelan bainari adalah adalah pelan yang paling mudah diduplikasi
di dunia. Walaubagaimanapun, sama sepertimana pelan-pelan pemasaran lain, ia ada juga kelemahan. Kebanyakkan pelan bainari
lama tidak dapat bertahan lama kerana tidak menitik beratkan jualan ulangan atau terlebih bayar bonus dan ini mengakibatkan
syarikat terpaksa ditutup dan ahli kehilangan pendapatan. Di Uptrend2u, ahli yang tidak membuat penajaan juga boleh mendapat
pendapatan melalui Pelan 'B' dan LCA (Loyal Customer Program). Di Uptrend2u, kami menggalakkan ahli untuk melakukan penajaan
seramai yang mungkin. Sebab itu Uptrend2u membayar 6.9% bonus pada level terus (direct level) lebih kurang RM 15.20 bagi setiap
produkpakej (220 BV). Dalam Pelan 'A' kami membayar bonus berdasarkan jualan kumpula*pi, ahli boleh membina 2 kumpulan, 4
kumpulan, 6 kumpulan , 8 kumpulan ataupun lebih daripada itu. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Uptrend2u tidak'
mengikut sistem bainari yang lama. Semua komisen dan bonus dibayar mengikut jualan, tiada jualan tiada bonus. Selain daripada
itu, Pelan 'A' hanyalah sebagai 'Fast Start'. Pelan 'B' adalah pelan induk (Master Plan) berdasarkan pelan unilevel. Jumlah
pembayaran bonus ialah 80% berdasarkan BV. Sistem Uptrend2u telah diuji dan ahli-ahli Uptrend2u berpuashati dengan pendapatan
yang mereka terima. Sudah semestinya, dengan adanya Uptrend2u, setengah daripada mereka sudah mengatasi pencapaian terbaik
peribadi mereka setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.
5. Adakah sistem pembayaran komisen Uptrend2u berdasarkan
kepada 'Sistem Matrix 2x2? Sekali lagi ini merupakan satu soalan yang baik yang memerlukan penjelasan yang jelas dan dapat
difahami. Jawapan kepada soalan ini ialah, TIDAK! Pertama sekali, tolong fahamkan pelan 'hybrid' Uptrend yang mana terdiri
daripada Pelan 'A' (Fast Start) dan Pelab 'B' (Master Plan). Objektif Uptrend memperkenalkan 'Fast Stat' ialah supaya semua
golongan pemimpin mampu mendapat pendapatan yang cepat kerana sistem pembayaran bonus secara harian. Kedua, komisen dibayar
berdasarkan kepada pembinaan kumpulan samada 2 kumpulan, 4 kumpulan, 6 kumpulan, 8 kumpulan ataupun lebih. Ini bermakna Uptrend
membayar berdasarkan Jualan Kumpulan Berganda. Sebab itu bonus ini dikenali sebagai Bonus Pembangunan Kumpulan Berganda (MGDB)
yang mana bayaran dibuat tidak berdasarkan sistem 2x2. Bonus Uptrend dibayar berdasarkan kepada jualan kumpulan daripada sekurang-kurangnya
2 kumpulan. Manakala sistem paksaan matrix 2x2 tidak mampu untuk diduplikasikan untuk menjadi tepat.
6. Adakah Uptrend2u
ada polisi dan procedur? Sebagai sebuah syarikat yang bertanggung-jawab, sudah semestinya Uptrend2u mempunyai satu set
polisi dan procedur untuk ahli-ahlinya. Sila baca P&P dan ikut Akta AJL. Syarikat berhak untuk membatalkan keahlian seseorang
ahli jika didapati melanggar P&P atau Akta AJL. Sila dapatkan kepastian sekiranya ada kemusykilan dengan berhubung terus dengan
pihak pengurusan Uptrend2u.
7. Bagaimana untuk memberitahu jika ada yang tersalah tafsir tentang pelan 'hybrid'
Uptrend2u? Setiap pemimpin terlebih dahulu perlu memahami pelan 'hybrid' Uptrend2u dan kemudian fahamkan ahli-ahli dibawah.
Ajar mereka bagaimana bermula dari bawah dan juga jangan lupa terangkan 3 peraturan atau ciri-ciri utama yang patut ada pada
sebuah pelan pemasaran yang berjangka panjang. Sesetengah pemimpin atau pihak pengurusan dari syarikat yang lain mungkin memberikan
impak yang buruk terhadap Uptrend2u melalui sistem latihan mereka, jadi sila maklumkan kepada Uptrend2u apa sahaja khabar-khabar
angin yang anda dengar. Untuk memahami pelan 'hybrid' Uptrend, seseorang itu perlu membuka minda dan menjadi positif. Jika
anda telah menetapkan minda anda, tiada siapa boleh mengubahnya dengan mengatakan, "Anda tidak boleh nampak cahaya dengan
mata tertutup" (You Can't See the Light with Your Eyes Closed). Kesimpulannya, kita tidak boleh menaja semua orang dan
tidak semua orang menukar cara mereka berfikir. Kita mesti sedaya upaya mencuba dan berusaha untuk menerangkan kepada mereka
sehingga mereka boleh menerima penerangan kita. Jika tidak, lupakan mereka sementara (KIV) berkerjalah dengan orang yang boleh
menerima kita.
8. Yang mana satukah ginologi Uptrend2u, Pelan 'A' atau Pelan 'B'? Ginologi sebenar ialah Pelan
'B'. Ginologi Pelan 'A' hanya untuk tujuan sistem pembayaran bonus. Sebab itu Pelan 'A' tidak mengganggu ginologi sebenar
jaringan kumpulan anda (Pamily Tree) Uptrend2u hanya membenarkan setiap ahli mempunyai satu keahlian sahaja. IBC atau pusat
perniagaan (BC) hanyalah termenologi untuk perkiraan bonus Pelan 'A'.
9. Mengapa Uptrend2u boleh bayar bonus
harian? Pelan 'A' Uptrend dikira hari-hari tetapi Pelan 'B' dikira secara bulanan (sebulan sekali). Mengapa Uptrend2u mampu
bayar secara hari-hari, ini semua berkaitan dengan kecanggihan sistem IT yang Uptrend2u ada. Keduanya ialahkerana Uptrend2u
mahu bayar bonus cepat sebagai salah satu cara memotivasikan ahli-ahli Uptrend2u untuk berkerja lebih kuat dan supaya mereka
boleh mengatasi pencapaian terbaik peribadi mereka.
10. Bolehkah seseorang itu hanya membayar RM 38.00 tanpa membeli
pakej produk IBP atau GBE? Uptrend2u tidak pernah menghalang atau memaksa ahli untuk membeli produk. Memaksa adalah salah
dari segi Akta AJL. Walaubagaimanapun untuk seseorang ahli itu layak menikmati faedah atau ganjaran yang disediakan sudah
pasti ahli tersebut perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan mengikut pelan pemasaran Uptrend2u.
Special Offer
RM684 PER DY
|